Monday, March 29, 2010

hurm~~~

My mud rite now??



$mood="sad";
if($mood=="happy")
{
echo"horray,i'm in good mood!";
}
else
{
echo"i'm in a $mood mood!";
}
?>







Thursday, March 11, 2010

Nadiku – Sabhi Saddi

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Chorus
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

Ulang Chorus 2X

~~miss him again~~hu2







Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

~~~miss him~~~






Wednesday, March 3, 2010

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?"
Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"
Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.:okay:


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"









Kisah Benar Daripada Seorang Perogol

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah S. W T, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.


Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.



Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.


Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Msue suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk



Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya






Kebenaran Siksa Kubur - Peringatan daripada Allah swt

Assalamualaikum kepada kengkawanku semua . Pagi ni Msue wat entry untuk renungan kita bersama .


Gambar di bawah merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula .





Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan.





Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.







Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa.


Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat .




Via - Kedah2u


r






Big apple =)

Ari ahd ari 2 g TESCO Mergong..g bli big apple..sedapnye..at last dpt gak makn..hehe..blogger-emoticon.blogspot.complg sdp mst la duren2(tiada dlm gmbr)..hehe
selain tu dpt bju kait y diidam-idamkn..hehe..aq dpt rm20 dr arge rm29..tq zira sbb tlg twr..
t aq g soping aq ajk ko lg..heheblogger-emoticon.blogspot.com



p/s: y ijo 2 xsdp..rse cm teacino choc mint..eww







Tuesday, March 2, 2010

Sedekah/Sadaqah

Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air dilaut yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah S . A . W mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah
Rasulullah S . A . W menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah S . A . W, sbb :
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Rasulullah S . A . W bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah S . A . W, sbb :
>"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
>"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
>"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.


Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH –

KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH –

THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan. Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam. Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid. Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a. Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak. Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.









Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian , berwudhuk dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor .

Dia bangkit , membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah . Di rumah , dia berganti baju , berwudhuk , dan berjalan menuju ke masjid semula .Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah . Di rumah , dia , sekali lagi , berganti baju , berwudhuk dan berjalan menuju ke masjid lagi . Di tengah jalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut , dia menjawab " Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda . ."

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya . lelaki itu menolak . pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan , lagi , jawapannya sama . Pemuda bertanya , kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab.. "Aku adalah IBLIS (setan) . Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu . Setan kemudian menjelaskan , Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuatkan kamu terjatuh .

Ketika kamu pulang ke rumah , membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu . Saya membuatmu jatuh kedua kalinya , dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu , Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu , jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai dimasjid dengan selamat...."

Jadi , jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.









Monday, March 1, 2010

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."


BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)