Cara Untuk Komen

Untuk Meninggalkan Komen..Korang Klik Pada Title Pada Post Yang Korang Nak Komen Dan Korang Akan Lihat Ruangan Komennya Ada Dibawah

Cute Baby House

Search

Loading...

Our Annyversary ;-*

My Globe

Blog Archive

Label Cloud

Monday, March 1, 2010
1.Pastikan korang membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika korang tidak membawa kad pengenalan kerana jika korang ditembak mati , sukar untuk polis mengenalpasti identiti korang .
Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga korang lamabt mengetahui , bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah korang . Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian korang


2.Jangan bawa kad pengenalan palsu
– Ini lagi satu masalah . Jika korang gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tido di rumah semasa korang ditangkap / tembak mati.

3.Buka topi keledar
– Tahukah korang , setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika korang tiba-tiba memasuki bank / kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak , macamana nak tau yang korang adalah yang merompak itu . Ini mengurangkan glamor korang kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit korang untuk disiarkan oleh media.

4.Ragut cara berhemah
– Jika korang terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko korang terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orangramai menangkap korang . Jadi, jika korang rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu , lupakan sajalah hasrat korang itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk korang ragut.

5.Jangan pakai sarung tangan
– Tahukah korang , sarung tangan yang korang pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril .Kemungkinan jari-jari korang mendapat gatal-gatal adalah tinggi . Lagipun, korang membazir duit membeli sarung tangan itu . Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat korang yang dah ditembak itu .Suri rumah juga ada yang menggunakan sarungtangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.

6.Pastikan memandu secara berhemah
– Ketika korang melarikan diri dari polis , pandulah dengan cermat . Korang akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah korang ditahan kerana merompak, nanti kesalahan korang akan bertambah-tambah – pandu laju , cuai, tiada lesen memandu , lesen memandu palsu , lesen tamat tempoh , lesen palsu , cukai jalan palsu , cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai talipinggang keledar. Jadi, pandulah berhemah, kerana jika anda ditangkappun, korang dah dapat menyelamatkan diri korang dari berbagai kesalahan lain .

7.Jangan gopoh
– Korang seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika korang dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, korang lari sajalah. Sekurang-kurang korang dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana korang nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.

8.Test power korang
– Untuk menjadi pro, korang kena banyak latihan. Setakat korang berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, korang bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Korang cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.

9.Jangan malu-malu
– Jika korang ditangkap, korang adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar korang semasa korang dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macamtu. Menteripun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balairaya kampung korang 15 tahun lalu. Berbanggalah.

10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
- Perancangan korang untuk merompak mungkin amat canggih. Dan korang berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah korang , semua itu dah boleh buatkan korang senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang korang bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang korang pandu nanti. Kad pengenalan pun, korang tinggalkan kerana nanti korang boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, korang angkut semua kecuali barangan yang korang bawak sebelumnya.

11. Sepakat Membawa Berkat
-Jika korang berkumpulan, pastikan setiap anggota korang membawa sekeping kad. kad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik.
Tujuannya,adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika korang yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan korang menunggu di dalam kereta, kemudian korang ditembak mati. maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan korang yang melarikan diri untuk membantu siasatan. Jika korang terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan korang yang melarikan diri itu, dan akhirnya, korang sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat…

Tips Tambahan

12. Jangan Buat Malu
Ramai di kalangan korang berangan nak main salji, membuatkan sampai pergi merompakpun guna ’ski-mask’. Semua ni jadi bahan ketawa orangramai. Mungkin ada yang perasan mungkin nampak macam UTK (Unit Tindakan Khas) polis.Ada juga yang guna lapik tudung anak perempauan korang atau isteri semata-mata untuk menutup muka, hanya nampak mata korang sahaja. Kalau anda lemas, siapa yang susah? Betul-betul buat malu . Adalah lebih baik korang guna goggle, macam orang menyelam tu. Lebih nampak bergaya. Jika korang tak tahu macam mana goggle tu, sila lawat Google , cari kat google images.