Cara Untuk Komen

Untuk Meninggalkan Komen..Korang Klik Pada Title Pada Post Yang Korang Nak Komen Dan Korang Akan Lihat Ruangan Komennya Ada Dibawah

Cute Baby House

Search

Loading...

Our Annyversary ;-*

My Globe

Blog Archive

Label Cloud

Tuesday, March 2, 2010
Kreatif bukanlah alasan untuk kita melakukan apa saja sehingga boleh menjatuhkan maruah orang





Drama Halimah Jongang sekarang ini meletup-letup dalam Astro, kononnya mempunyai rating atau jumlah penonton yang tinggi .

Tetapi walauapapun alasannya, ia sebenarnya lebih banyak menjatuhkan maruah daripada membela nasib mereka yang tergolong dalam golongan ‘jongang’ ini


Ada satu kisah yang berlakau kepada seorang budak ,kebetulan di sebuah sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang

Sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai

” Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan

Dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan .


Jadi Msue tak faham bagaimana penerbit drama, A. Aida boleh bagitahu Minggu Malaysia baru-baru ini yang drama 13 episod itu sepatutnya mendapat pujian ramai kerana ia membawa tema yang menarik, astagfirullah!

A. Aida juga mendakwa dia mendapat reaksi positif daripada mereka yang bergigi jongang kerana drama itu berjaya mengangkat keyakinan diri masing-masing .

Katanya“Saya mendapat sokongan penuh daripada insan-insan yang bergigi jongang kerana mereka merasakan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

Katanya lagi“Malah ada juga yang sebelum ini susah nak senyum di depan orang ramai sudah boleh tersengih dan tidak lagi malu dengan kecacatan itu. Ia merupakan sesuatu yang baik kerana mengangkat maruah mereka.

Dan katanya lagi“Saya juga ada terima SMS daripada peminat yang mengaku selama ini dia susah nak buka mulut tetapi selepas Halimah Jongang, dia rasa macam hari-hari nak buka mulut,” jelasnya yang sekaligus memberitahu menempah gigi palsu untuk watak itu dengan kos RM5 ribu

Dan yang bestnya, mungkin di atas kejayaan Halimah Jongang, A. Aida menerbitkan pula drama bersiri berjudul Fatimah Juling, ishkkk!!

Bagi Msue , A. Aida boleh bagi sejuta alasan untuk menjustifikasikan tindakannya menghasilkan Halimah Jongang dan Fatimah Juling

Cuma Msue nak dia jawab satu soalan saja, agak-agaknya apa perasaan A. Aida kalau dia sendiri ditakdirkan Tuhan bergigi jongang dan bermata juling seperti mana drama terbitannya?