Cara Untuk Komen

Untuk Meninggalkan Komen..Korang Klik Pada Title Pada Post Yang Korang Nak Komen Dan Korang Akan Lihat Ruangan Komennya Ada Dibawah

Cute Baby House

Search

Loading...

Our Annyversary ;-*

My Globe

Blog Archive

Label Cloud

Sunday, March 7, 2010
Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.

Cikgu: Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?

Sham: Kacang aje, cikgu.

Cikgu: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?

Sham: Kacang aje, cikgu.

Cikgu:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?

Sham: Kacang juga,cikgu.

Cikgu:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!

Sham: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.

Cikgu: La...loyar buruk pulak budak ni!

Sham: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar??

Cikgu: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Motor baru
Posted by mnazman on 2007/5/3 18:30:18 (4735 reads)
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati

Pak Pandir baru sahaja membeli motosikal baru. Dengan rasa bangga Pak Pandir pun bersiar-siar di pekan. Sampai di depan lampu isyarat, Pak Pandir berhenti kerana lampu merah. Apabila lampu hijau, semua kenderaan mula bergerak tetapi Pak Pandir masih tetap tidak berganjak dari tempatnya. Lalu datang seorang polis dan bertanya pada Pak Pandir.

Polis: Kenapa tak jalan lagi? Kan lampu hijau tu?

Pak Pandir: Maaf encik, belum ada warna lampu yang saya suka lagi. Bila sudah keluar warna yang saya suka, saya jalan. (tersenyum)

Polis: Mampus kalau macam ni! (mengetuk dahi)hehekah2