Cara Untuk Komen
Untuk Meninggalkan Komen..Korang Klik Pada Title Pada Post Yang Korang Nak Komen Dan Korang Akan Lihat Ruangan Komennya Ada Dibawah
Blog Archive
-
▼
2010
(195)
-
►
April
(19)
- kawan2 aq y hampeh
- CompTIA A+ Certification
- Siapa Curang ? ?
- Gambar Yang Mampu Menipu Pandangan Mata
- Kek Kukus Lagi =)
- Kek Coklat Kukus
- Rindu =(
- Coba Kau Bayangkan - The Dance Company
- Dengar Bisikku by The Rain
- Lirik Lagu Rasa Ini - Vierra
- lirik lagu Mojacko versi Melayu
- Kain Kapan Buruk
- Karangan
- alamak...
- KALAU ANDA FIKIR ANDA MASIH ISLAM
- FADHILAT SURAH AL-KAUTHAR
- Konsert Wali Band
- Gambar Telur Keluar Dari Ovari
- Ragam Rakyat Malaysia
-
▼
March
(140)
- Ingat Macam Bom Tangan
- Cerita Seram di Bukit Putus
- MunGKin SelaMA niE Ada Yang TaK PErasan...
- KenALi PErsONaliti AnDa & AnAk Anda
- Mengandung ? ? ?
- Kenali Rahsia Tali Lalat Anda
- Dua kualiti dalam bidang perubatan
- 20 cara Untuk Jadikan Roommate Korang Gila
- Lelaki Hamil..!!!
- Nenek Kesayangan
- hurm~~~
- Amy Search tangguh pembedahan demi Konsert Suatu M...
- Kereta Bentley Flying Spur AC Mizal
- Benjy Ditahan Semula Buat Kali Ke-2
- Gambar Artis Xsenonoh
- kembali ke poli..again
- Aku Tak Suka Kau....
- Resepi Ayam Goreng Rempah Tak Kunjung Tiba
- Kisah Si Koboi Yang Hampeh
- Hawa Tertipu
- Kapal Terbang Xpasang Aircond
- Asal Usul Singapura Versi 2
- Asal Usul Singapura Versi 1
- Great Competition
- Antara Kerja Dan Kain
- Pantun Nasihat Membawa Berkat
- PeribaHasA kaRam sinGh waLia yg x karam
- Nadiku – Sabhi Saddi
- Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu
- Saintis Katak
- Spesifikasi Couple
- Bijirin
- Can-Ni ball
- Lagu: KAU ROTIKU Artis: NAWIE
- Lagu: MAWAS Artis: KRA
- Hang Tuah 7 Bersaudara
- Surat Putus Cinta Versi Speaking London
- Siti Nurhanim Aziz Tidak Ditahan Polis (JAIS Apa C...
- Anak Yang Baik
- ' P ' Mana ? ?
- Beli Bangkai
- Pencuri Merapu
- Unta Minta Upah
- Kubur Diatas Tanah
- Perompak Bas Kilang
- Ayang vs Abang...Sape yg salah?? (Surat Untuk Aban...
- Ayang vs Abang...Sape yg salah?? (Surat Untuk Ayan...
- Mana Surat Tue ?
- Kacang
- Mengapa Portugis Tak Menawan Utara Tanah Melayu ?...
- Petai Punya Pasal
- Ujian Darah
- Kisah Semasa Dating
- Profesional Muda
- Silap Nombor Punya Pasal
- Kali Pertama
- Thank Tou Seven
- Peristiwa Di KLCC
- Mengintip Malam pertama
- Seman Si Mat Rempit
- Pantun Ikut Sleng Negeri Di Malaysia
- Asal Usul Elektrik
- Kisah Malam Pertama ( 18 sx)
- Mat Punk
- Paling Bersih
- Ayam Panggang
- Kalau Sampai Ipoh
- Tetamu Yang Tak Diundang
- Sakit Jiwa
- Wanita Dan Lelaki Tua
- Isteriku Bawak Sial
- Ada Untung Woooo ! ! !
- Kemalangan
- Pak Pandir Di Lebuhraya
- Don't Worry
- Drakula
- Kenapa Gula - Gula Getah Di Haramkan Di Singapura ...
- To Make You All Laugh
- Awas ! ! Pelancong Malaysia Ke Bali
- Guru Di Malaysia Belum Bersedia Ajar Pendidikan Se...
- Ulat Keluar Dari Tubuh Belajar
- Anak Kambing Bertubuh Manusia ! !
- Salah Tafsir
- Ayam Macho
- Zaman Berkembar
- Kisah Dua Hantu
- Papa Dan Mama
- Salah Rendam
- Tiga Sekawan
- Abang Aku Selalu Buat
- Datang Bulan
- Isteriku Liza
- Tiga Anak Dara
- Bogel
- Jelingan Ayah
- Lawatan Kosong Di Jasin Municipal Council
- Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia
- Jawatan Kosong Di Kementerian Pertahanan
- Jawatan Kosong Mada
- Jawatan Kosong
- Menunggang Harimau Di Tengah Malam
- Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah
- Kisah Benar Daripada Seorang Perogol
- Menantu Hantu
- Asal Nama Negeri Pahang
- Kentut
- Ragam Orang Dan Kahwin
- Teruna Dan Dara
- Atuk Dan Cucunya
- Hantu Tali Gantung
- Kuda Makan Rumput
- Kebenaran Siksa Kubur - Peringatan daripada Allah...
- Haramkan Pemakaian Tudung
- Kentut Yang Seram
- Big apple =)
- Makhluk Asing Dan Agkasawan
- Pengakuan KISAH BENAR banduan rogol anak sendiri
- Lepas Halimah Jongang, sambung pula Fatimah Juling...
- Awas Dengan Budak Ni
- Orang Perempuan Suka Cakap Macam Ni...
- Influenza CG - Jerat Cinta Di Internet
- Tip Mengetahui Pasangan Tipu Atau Tidak
- Warning ! ! ! 18 tahun keatas sahaja (18sx)
- Fakta Pelik Mengenai Jerung
- Sedekah/Sadaqah
- Solat Subuh di Masjid
- CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
- Kisah Malang Saiful
- Babi Kebulur Di Bukit Antarabangsa
- Monyet oH Monyet
- Bukan Semua Benda Boleh Buat Laporan Polis
- Pelancong Cina Vs Pengarah Filem
- Tip Untuk Penjenayah
- Gadis Sengal Tahap Cipan
- Amin Slumber
- Sup Ketam Penawar Denggi
- Mayat Senyum
- Bahasa Inggeris
- Cik Yam Dan Cik Bu
- Alahai Sengau
-
►
April
(19)
Tuesday, March 2, 2010

1. Pernahkah korang dilamun cinta?
Jawapannya – ya
2. Pernahkah korang jadi tak tentu hala semata-mata kerana cinta?
Jawapannya – ya
3. Pernahkah korang berhabisan terutama wang ringgit kerana cinta?
Jawapannya – pernah juga
4. Pernahkah korang ibarat mandi tak basah, tidor tak lena, makan tak kenyang bahana dari cinta itu?
Jawapannya – pernah suatu ketika dulu, masa muda-muda.
5. Pernahkah korang hampir mereng, sewel, nyaris-nyaris INFLUENZA CG gara-gara putus cinta?
Jawapannya – segan le nak jawab. Pernah kot…
6. Pernahkah korang bertengkar, bergaduh, putus sedara, putus waris, putus kawan, semata-mata kerana cinta?
Jawapannya : Ish…melampau sangat tu. Ada ke sampai macam tu? Pernah jugak dengar tu…
7. Pernahkah korang putus cinta?
Jawapannya - bab ni sensitif. Tak terkira…
Itulah senario yang berlaku yang sebenarnya, ramai yang telah menjadi mangsa, tetapi malu untuk membuat pengakuan.
Selalunya, percintaan GILA ini bermula apabila mangsa terjerat di dalam ruangan sosial di internet.
Dari sesi perkenalan, lama kelamaan, timbul rasa kasih, sayang di sebelah pihak.
Mengapa sebelah pihak?
Kerana, pihak yang satu lagi sebenarnya adalah penjenayah siber untuk memerangkap mangsa yang dikategorikan sebagai KRONIK, BODOH, BAGHAL DAN BANGANG INI.
Kasar sangat ke ayat itu?
Sebenarnya, itu sahaja yang sesuai…
Apakah modus operandi penjenayah cinta siber ini?
Mereka akan menggoda mangsa.
Godaan menggunakan ayat-ayat power, memuji, memuja malah melonglaikan hati mangsa.
Lama kelamaan, mangsa secara tanpa sedar, akan mendedahkan maklumat peribadi mereka, seperti nama sebenar, alamat, tempat kerja, nombor telefon.
Proses ini mungkin memakan masa berbulan-bulan.
Setelah nombor telefon diperolehi, kedua-duanya akan berhubungan samada melalui sms, berbual.
Tidak akan berlaku perbualan menggunakan ‘video-call’
Bagi mangsa lelaki, penjenayah akan mula berjinak-jinak meminta top-up untuk telefonnya. Lelaki dengan BAHLOLnya akan menghadiahkan top-up, kadang-kadang hampir setiap hari.
Penjenayah akan menjadikan diri mereka antaranya sebagai penuntut sekolah, pelajar kolej, pelajar universiti. Dan sudah tentu mereka ini, bagi pandangan mangsa, tiada wang untuk menyara top-up atau hidup seharian kecuali dari ibu bapa.
Apa yang berlaku?
1. Bermulalah episod menghabiskan duit. Top up diberi, duit belanja dihantar – online banking.
2. Bila tiba harijadi, penjenayah akan menggoda mangsa untuk membelikannya hadiah. Mereka minta wang yang akan dionlinekan konon wang itu akan digunakan untuk membeli sendiri hadiah yang diinginkan.
Tapi, macamana mangsa boleh terpedaya?
1. Sebab – mangsa kelabu mata setelah penjenayah menghantar foto-foto seksi, menawan, cantik, perfect, kononnya itulah diri mereka. Walhal, foto tu entah dari mana mereka dapat, atau copy paste dari internet dan hantar pada mangsa.
2. Dengan bangangnya, mangsa percaya sejuta peratus, itu adalah manusia idaman hati yang digilainya..
3. Setelah beberapa bulan, mangsa makin dilamun cinta bodoh ini dan dunia dia hanyalah manusia yang menipunya itu tanpa disedarinya.
4. Ada yang lebih kronik, mangsa turut terpedaya kata-kata manis untuk berkahwin. Wang diminta lagi, konon untuk membeli cincin, barang-barang untuk majlis pertunangan atau untuk belanja kenduri kelak. Duit di online kan lagi.
5. Ada yang mencecah ribuan ringgit dan mungkin puluhan ribu ringgit terbang.
6. Secara tidak langsung, mangsa telah terikat dengan Influenza ini kerana mereka sebenarnya diugut secara halus untuk memberikan wang, seperti ugut untuk bunuh diri kerana mangsa tidak online wang, mangsa konon dah tak sayang sebab tak bagi top up, mangsa konon dah curang kerana tak bagi hadiah atau duit belanja.
7. Akhirnya, wang terus mencurah-curah ke dalam akaun penjenayah.
Siapakah mereka ini?
1 . Mereka biasanya anggota sindiket yang dilatih untuk melakukan penipuan ini dengan menggunakan pendekatan psikologi.
2. Mereka sanggup berbulan-bulan menunggu masa sesuai untuk memeras mangsa secara halus. Semuanya membabitkan wang.
Adakah mereka benar-benar perempuan?
Jawapannya – kebanyakannya adalah lelaki yang meniru suara seperti wanita ketika menggoda melalui telefon, dan ada juga adalah dari golongan nyah.
Ada juga yang bergerak secara bersendirian dan mereka melakukan semata-mata untuk mendapatkan wang.
Dari manakah mereka beroperasi? Kebanyakannya mereka menggunakan nombor telefon yang didaftarkan di Sabah. Tetapi tidak semestinya mereka berada di Sabah.
Masih menjadi misteri, mengapakah semua kegiatan ini menggunakan nombor telefon yang didaftarkan di Sabah? Begitu juga seperti kegiatan penipuan SMS Power Root, Akademia Fantasia, Petronas dan lain-lain, semuanya dari Sabah.
Tidak dapat disahkan, tetapi difahamkan di Sabah, terdapat sindiket yang menjual nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan menggunakan nama dan alamat orang lain. Termasuk nama dan alamat orang yang sudah mati.
8. Tidak dapat disahkan, tetapi ia ada kaitan komplot antara penjenayah dengan ejen-ejen menjual nombor prepaid dan mungkin dalam pengetahuan syarikat Telco.
Nasihat
Nasihat paling berguna, korang gunalah akal fikiran yang Allah beri sebelum anda terjebak dalam Influenza CG ini.
1. 100 peratus mereka yang terjebak bermula dari kata-kata godaan melalui ruangan sosial, email anda.
2. Kemudian godaan itu akan bertambah apabila anda menerima foto kononnya foto orang yang anda puja itu. Sebenarnya foto-foto itu, adalah foto-foto yang diambil di internet dan ada yang diubah suai menjadikan anda terpedaya.
3. Untuk mengujinya amat mudah. Minta orang yang anda gilai itu, hantar foto dia sedang buat sesuatu seperti sedang minum, posing depan rumah, dalam bas atau sedang memandu, dan bukannya foto yang hanya nampak muka, atau di mekap seperti model, atau foto yang diambil di dalam studio.
4. Jika ujian ini gagal dipatuhi, anda kena sedarlah, bahawa anda dalam proses untuk ditipu seterusnya.
5. Jangan dedahkan maklumat diri anda terutama alamat, tempat kerja atau nombor akaun anda. Semua ini akhirnya akan menjahanamkan anda sendiri.
Jika korang penjenayah itu:
Awas, sebenarnya amat mudah untuk mengesan anda dengan teknologi yang ada.
Ingat, bukan semua yang korang hendak jadikan mangsa, adalah mangsa sebenarnya. Mereka mungkin sedang memerangkap korang pula…
Kepada mangsa:
1. Hidup kena bergaul dengan masyarakat sekeliling. Anda kena peka apa yang berlaku, dan jangan hanya hidup dalam dunia anda sahaja sehinggakan bentuk penipuan yang paling mudah inipun, anda gagal untuk mengesannya.
2. Jangan malu membuat laporan polis jika anda rasa, anda telah terjebak. Simpan semua resit, slip bank yang berkaitan dengan Influenza CG ini.
Jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi anda terutama alamat korang.
INFLUENZA CG
adalah penyakit yang menimpa seluruh dunia dan menjadi wabak yang sukar dibendung walaupun berbagai usaha dilakukan termasuk menyuntik vaksin.

