Cara Untuk Komen

Untuk Meninggalkan Komen..Korang Klik Pada Title Pada Post Yang Korang Nak Komen Dan Korang Akan Lihat Ruangan Komennya Ada Dibawah

Cute Baby House

Search

Loading...

Our Annyversary ;-*

My Globe

Blog Archive

Label Cloud

Monday, March 1, 2010
Tahukah korang , bukan semua perkara kita boleh buat laporan polis , apatah lagi jika kejadian yang memang boleh disabitkan akan , sedang atau telah berlaku perbuatan jenayah, belum tentu polis akan menerima laporan itu .

Polis siap boleh nasihatkan kita, tak perlu buat laporan…

Kisah Benar.. Msue namakannya sebagai Bro A


Bro A menerima panggilan telefon dari seorang rakannya .

Rakannya itu mengadu , bahawa kawannya nyaris terpedaya dengan satu SMS yang kononnya dia memenangi peraduan Power Root .

Kawannya yang begitu teruja kononnya memenangi hadiah cabutan bertuah RM10,000, menelefon nombor yang tertera dalam SMS nya.

Segala butiran diberikan dari No Kad Pengenalan, Nama Penuh dan nama Banknya .

Kawan itu tidak sempat memberikan nombor akaun kerana tiada padanya ketika itu .

Penyangak pula bercakap loghat Melayu seperti mereka dari Malaysia Timur.

Tetapi, dia rasa tidak sedap hati, lalu menelefon rakan kepada kawan Msue mengenai itu.

Dua-dua (wanita), kemudian meminta nasihat kawan Msue .

Bro A minta SMS itu diforwardkan kepadanya dan nyata ia adalah seperti SMS - SMS penipuan lain yang anda juga mungkin pernah terima .

Semua jelas, dari nombor telefon penipu hinggalah nombor untuk dihubungi.

Forwarded from +60178951709
TAHNIAH! simCrd Anda memenangi Cabutan BERTUAH Wang Rm10,000 dr POWER ROOT SDN BHD.Sila Hub Office Ditalian: 017-864-2367 Terimakasih



Bro A minta kawan kepada rakan Bro A itu pergi buat laporan polis.

Alasan Bro A mudah dan Msue menyokong tindakan Bro A:

1. Dalam kes ini , penyangak telahpun mengetahui SMS mereka ada tindakbalas. Komunikasi telahpun berlaku . Penyangak boleh lakukan pelbagai cara untuk mencari pemanggil berdasarkan nombor telefon itu .

2. SMS itu telah polis ketahui, adalah penipuan. jadi, apa nak tunggu , siasat sajalah.

3. Dua nombor dah ada, nombor penghantar SMS dan untuk dihubungi . Apa guna kita mendaftar talian telefon prabayar, jika ia bukan untuk dikesan jika berlaku jenayah sebegini ?

4. Mangsa hampir terjerat, yang akhirnya menyedari hampir tertipu.Adakah polis hanya menyiasat jika mangsa telahpun mengalami kerugian?

5. Nombor-nombor itu adalah nombor yang amat familiar terutama dari Cawangan Jenayah Perdagangan , walaupun tidak sama , kerana sindiket yang pernah ditumpaskan di Sabah tidak lama dulu , menggunakan nombor yang hampir sama (017-8xxxxxxx)

6.Bagi Msue, jika laporan dah dibuat, bukan susah untuk mengesan penyangak itu kerana butiran semua ada , dan jika butiran itu palsupun , padan muka pihak berkuasa kerana penguatkuasaan yang amat lemah menyebabkan telco dengan senang hati mengaktifkan nombor penyagak itu .

7. Yang jadi mangsa ialah kita , yang kayanya Telco.

Dengan penuh debaran kerana bimbang akaunnya atau dirinya dalam bahaya, kawan itu pergi ke sebuah Balai Polis untuk membuat laporan.

Dengan muka selamba, anggota polis di balai berkata:

“Cik tak perlu buat laporan…”

Dengan hampa, kecewa, kawan ini yang memang tak tahu apa-apa, akur dan balik la dia…

Dan akhirnya , Bro A pula yang dicop sebagai lebih-lebih dan memandai-mandai suruh buat laporan polis…!!!


Via - Onscene